BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

mari mendengar

Friday, October 14, 2011

ANDAI ITU TAKDIRNYA

Assalamualaikum dan selamat pagi.Semoga hari ini Allah permudahkan segala urusan kita.Sebenarnya cik yan dalam keadaan sedih sekrang nie.cik yan buntu dan sebak dalam hati dan tak tahu nak mengadu dekat sapa.Cik yan hanya mampu simpan dalam hati je

Kenapa cintaa sangat menyakitkan .kenapa perlu ada cinta kalo hati tak terima seadanya.kenapa selalu perempuan saja dipersalahkan.kenapa lelaki tak boleh memahami wanita.Cik yan tahu lelaki dijadikan sebagai khalifah di bumi nie untuk mendidik wanita.Itu cik yan boleh accept tp biar la ada caranya.jangan terlalu mengongkng.

Cik yan tahu cik yan banyak jugak wat silap,bak si dia kata cik yan nie degil,kurang ajar,x paham perasaan die,x hormat die...tp kenpa die tak pikir ,kenapa cik yan memberontak sampai jadi mcm tu,mesti ada sebb kan,Cik yan da cuba berubah nak jadi seoraang wanita yg baik,yang lemah lembut ,yang solehah tp kenapa si dia masih lagi nak letakan salah dibahu cik yan.Cik yan sedih sngt sebb die tak penah nampak perubahan cik yan.yang die selalu nampak salah cik yan aja..sampai bila cik yan mampu bersabar,Cik yan mmg da buntu.kadang2 cik yan rasa nyesal kenapa awal sangt accept dia.Niat dihati nak buat suami.tp dah kalo gini caranya.entah la..

Kalo dia nak tingglkan cik yan pun.cik yan redha.sebb cik yan terasa sangat die kata cik yan menyerabutkan kepala die.die tak kisah kalo cikyan x de.pedih kan ayat tu.erm x pe la..terpulang la dekat dia..aslkan die bahagia.semoga dia dipertemukan jodoh yang sama pdan ngn dia..cik yan bukan manusia sempurna seperti yang die inginkan.Cik yan manusia yang sangat banyak kekurangan..wasalam..

Monday, October 10, 2011

rindu..rindu dan sangat rindu!!!

Assalamualaikum dan selamat malam kawan-kawan.Cik yan rindu la,rindu dekat my family,rindu sangat2!!skrg pukul 12.10am cikyan masih lagi bersengkang mata wat assigmnt sambil layan lagu nasyid,tetiba hati cikyan terasa pilu and sepi sesangat!!.Cik yan rindu sangat,rasa cam nak fly balik penang je malam nie.

Malam nie jiwa cik yan rasa sepi rasa kosong and rasa cm nak nangis je..cikyan rindu mama..rindu abah..rindu adik2..rindu kawan2 kat kampung.Hujung bulan nie cik yan rasa nak fly balik penang la..cik yan da tak sabar da menahan rindu.cik yan nak makn masakan mama bayak2!! :(

Doakan kan cik yan yea kawan2.semoga segala urusan dipermudahkan ..k la...cik yan nak sambung wat keja..selamat malam >>semoga hari esok lebih baik daripada hari nie.

Friday, October 7, 2011

my sweet heart


Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan.Dipagi yang mulia nie,Cik yan ade la benda nak share sikit pasal my sweet heart cik yan nie..hehe...Skrg nie cik yan da ade my sweet heart tauuu...tu pic kat atas tu..tu la sweet heart sulung cik yan..hehehe..

Ni la kali pertama cik yan rasa pemberian yang paling berharga untuk cik yan..cik yan rasa bersyukur sangat2 sebb masih ade insan yang sudi menghargai cik yan..sebenaryaa moto nie pemberian daripada someone yang telah curi hati cik yan..cik yan pon tak sangka dan terharu sangt diatas pemberian nie,.cik yan tak pernah pon impikan pemberian sebesar nie..and cik yan tak pernah meminta dihadiahkan motosikal..

Motosikal nie sebenarnya hadiah semperna hari lahir cik yan...tp besdaynye belum sampai lagi..hadiah je yang sampai dulu..hehehe...lam hati nie rasa happy sangt2..tq my MR N...semoga Allah murahkan rezeki MR N dan sentiasa dikasihi Allah...

Herm,,,ok la...cik yan nak sambung berfb..jap lagi nak g ipoh,nak wat FYP..salam kawan2...^_^

Thursday, October 6, 2011

Kembali semula

Alhamdullillah dah ingat balik password account blog nie,dah  lama rasanya tak update blog nie...agaknya dah berbulan ku tinggalkan blog nie,tu pon sebb da ada semngat baru nk berblog kembali,mayb ade somthing kot yang buatkan aku nak wat entry balik.


erm..ape nak cerita ek??lam hati nie ade seribu satu perkara yang disimpan,nak luah dekat fb rasa tak sesuai ,maklum la tak privacy lansung,sepupu sepapat ramai..erm kat sini la tempat yang paling sesuai rasanya kot..
pejam celik..pejam celik dah nak hampir penghujung tuk aku menjadi seorang student.Tp sebelum tu kena tempuh dulu benda perit iaitu pelaksanaan final year project,FYP nie mmg bikin kepala otak aku serabut,patut la aku asyik sakit kepala je kebelakangan nie byak benda sangt nak dipikir,mana taknye masalah pelaajaran la,masalah ngn bf la,masalah kewangan la...mcm2 benda..tp tu la nak lari pon da x boleh.dah aku yang pilih jalan tu kan.so redah je la...


hermmm....x pe la...nak sambung wat keje.................ohhhhhhhh....tension!!!!!...:(

Sunday, March 27, 2011

Aku yakin aturanNya

Assalamualaikum kawan-kawan .Rasanya dah lama saya x wat entry sebb busy sangt dengn FYP (final year project).

Baru-baru nie saya ade luahkan isi hati  dekat my friends.kisahnya seperti biasa berkenaan "feeling".
dari luahan tu mmg saya kena kaw2 punya..diorg semangat "tocher".Saya terima dengn senyuman walaupun sebenarnya saya x leh terima sangt pandangn tu.tp  just anggap diorg x paham ape yg saya rasa.

Ramai org suh saya "find another one".yeah....begitu senang kan perkataan tu.sangat senang,bercakap mmg senang tp kalo hati x lalu nak wat mcm mane.

Skrg nie saya pegang 1 je. Berserah segala2 dengan ketentuaNya..Saya yakin Allah dah aturkan segala2Nya.wat ape  nak pening2 mencari..suatu hari nanti pasti ade someone yg akan mencari sebahagian tulang rusuknya untuk menjadi satu...paham kan apekah maksudnye?

Biarlah penantian itu satu penyeksaan .mungkin dengn penyeksaan itu akan membawa satu kebahagiaan..insyaallah...kita merancang,allah yang tentukan..kalo bercouple 7 tahun pon.kalo die bukan jodoh kita x de makne jugak kan.

Apa yang penting, baik kita muhasabah diri dulu.yg mana perangai x berape elok.kita elok kan.yang mana suka baran,belajar la menjadi penyabar.yang mana suka control, belajar la control bertempat,yang mana suka pentingkan diri ..belajar lah menjadi seorang yang bertimbang rasa ..dan paling penting yang mana x cukup 5 waktu, cubalah cukupkan..sebb itukan wajib.Haaa...bila dah complete baru lah boleh mencari pasangan  dan insyaallah diberkati...kan3??..betul tak ape yg saya cakap...kalo salah sila la betulkan...^_^

Ha..ni lagi satu saya nak share..kalo hati tengah runsing...hati sedih..hati sebak...selalulah zikir  LA ILA HAILALLAH dalam hati ..sebut setiap saat..x kisah la kalo time tu kita tengh baca buku ke..tengah masak ke..tengh tengok tv ke..tengh update blog ke..saya pon tengh cuba nie..insyaallah akan cuba tuk istiqamah..
^_^








.

Monday, March 21, 2011

Ada 3 golongan manusia ..kita yg mane??renung2kan.....

Dalam perjuangan hidup,manusia terbahagi kepada tiga golongan:

1.Golongan yang dapat ditewaskan oleh hawa nafsu mereka.Mereka terus-menerus menjadi hamba dunia,dan terus ditipu hidup-hidup.Bisikan syaitan di sebelah terus didengari,tetapi tawanya yang berdekah-dekah tidak pernah disedari.Inilah golongan yang Allah sebutkan di dalam Al-Quran:

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya []dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?[Al-Jaatsiyah 23]
2.Golongan yang kedua ialah golongan yang berjihad melawan hawa nafsunya.Kadangkala mereka menang dan kadangkala mereka kalah.Apabila mereka melakukan kesalahan,mereka bertaubat,menyesal dan memohon ampun kepada Allah.
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri , mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.[Ali Imraan 135]
3.Golongan ketiga merupakan golongan maksum,iaitu para Rasul dan nabi.

Perkara ini juga terkandung dalam jawapan terhadap soalan yang dilemparkan Nabi Yahya kepada syaitan:
"Ceritakanlah kepadaku mengenai tabiat-tabiat anak-anak Adam di sisi kamu."soal nabi Yahya.
"Segolongan mereka adalah golongan seperti kamu,mereka itu maksu,kami tidak mampu sedikitpun menggoda mereka dan golongan yang kedua adalah golongan yang seperti bola di tangan anak-anak kamu.Hawa nafsu golongan ini telah membantu kami mempengaruhi mereka dan golongan yang ketiga pula adalah golongan yang amat sukar bagi kami,kami menemui salah seorang dari mereka sehinggalah kami berjaya mencapai apa yang kami kehendaki,tetapi kemudian beliau segera beristighfar,dengan istighfar itu telah merosakkan apa yang kami dapati daripadanya,kami tidak akan pernah berputus asa dan kami tidak akan mendapat kehendak kami daripadanya.

Thursday, March 17, 2011

Hati itu adalah aku

 hati itu adalah aku
coretan ini bukan aku yg createkan.tp ape yg tertulis didalamnya sama dengan ape yg aku rasa.segala yang aku higlightkan tu adalah apa yang hati aku mahu katakan.cuma aku x pandai tuk ungkapkan.kalo boleh aku nak die tahu.itu adalah aku.ape yg hati aku rasa dan seikhlas mana aku dgn die.Tp aku redha if mmg x de jalan lain.semuanya dah tertulis dalam lembaran takdir.


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda. 

~~thanks to those yg coretkan~~

~~Luahan hati~~

Hari nie tetiba aku rasa nak tulis entry sikit.Time nie aku tengh pulun wat proposal fyp.Esok da nak kena submit dekat supervisor,ade lagi sikit yang x siap so malam nie berjaga lagi la aku.

Tp tengh aku buat kerja ,aku terpikir sesuatu.Aku teringt sahabat aku yg dulunya aku mmg rapat dengan die.rasa x best pulak bila kitorg da seperate.da x rapat mcm dulu. rasa sunyi n da x de tempat tuk mengadu.Lepas nie kalo aku balik penang .aku da x de teman lagi tuk g jalan2..g jogging and mane2 je la.pas nie aku ngn adik aku je la nak kemana pun.sedihnya....bila aku teringt balik dari perkenalan kitorg sampai la the end of story,rasa sedih sangat.perkenalan yg mula dari happy2 terus diam.

aku da fobia dengan "perpisahan". aku rela hilang nyawa dari hilang family,sahabat,someone special and sape2 je yg aku rapat.Terasa hati sedih sangat n x sanggup nak alami lagi "perpisahan".
bagi aku hidup nie sementara je.setiap nafas perlu kita hargai.selagi kita boleh bahagiakan seseorang  selagi itu kita akan lakukan yang terbaik.nanti bila seseorang da x da.at least kita boleh tersenyum walaupun dalam keadaan sedih.

k la ..sampai kat sini je kot.Nak sambung wat kerja pulak.Ape yg aku harap,aku x sabar nak tunggu detik bahagia yg aku cari sepanjang aku hidup nie .harap2 tertunai..amin....

~~to my lovely friend > saya nye entry ade improvement tak?~~


Monday, March 14, 2011

Cinta Sejati



Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.



                                                                        ~~sekian~~

Sunday, March 13, 2011

- -Kenanganku Bersamamu- -

        Bertarikh 05/03/2011,kali pertama aku  pergi melawat PERNIM di Cheras.Hati aku begitu tersentuh melihat adik-adik kecil dekat situ.Kami ditugaskan untuk membuat aktiviti dekat situ bersama adik-adik disana.
pic nie time diorg tengh semangt bersenam..^_^
Aku sangat kagum dengan ketabahan mama iaitu seorang wanita yg menubuhkan PERNIM tu,sanggup bersusah payah menjaga anak2 yg bukan darah dagingnya,memberi kasih sayang seckupnya dan mengajar erti berdikari .Bagi aku x ramai org sanggup wat amal mcm tu,mmg hebat la mama nie.

Masa dekat sana, aku melayan kerenah adik-adik yang comel,lantang berpetah dan saling tolong menolong diantara 1 masa lain.walaupon mereka bukan the real siblings,tp ukhuwah yg diorg tunjukkan betul2 wat aku terharu.

Dekat sana aku tertarik dengan seorang adik nie,nama die fais dan diberi gelaran conan,berumur 11 tahun dan bg aku die nie seorang yg baik  walaupon orangnye jenis slumber dan mcm blur2 gitu,tp muka die manis hehe.Bila aku tengok die,aku teringat adik laki aku dekat kampung,rindu pulak rasanya.hehe..
 nie ic adik fais yg aku ceritakan tu....:)


Bawah nie pic masa tegh melayan diorg.Comel-comel belaka adik2nya.Nie je kot entry yg aku dapt tulis tok malam nie.Enrty nie da lama aku tulis cuma belom post sebb hari nie baru leh dapt picnya.hope korg enjoy la membacanya.Sekali sekala kita perlu memahami hati adik2 nie,mungkin diorg memerlukan kasih sayang daripada kita.Nilai sebuah kasih sayang sangt berharga.^_^




~~~SEKIAN~~~

Saturday, March 5, 2011

sungguh indah ciptaanNya

keindahan RnR Bagan Ajam

 
suasana time malam

 pemandangan yg memukau
indahnya ciptaanNYA...

setiap kali kalo balik cuti dekat penang..mesti aku akan pegi mencari ketenangan dekat kawasan pantai  RnR bagan ajam...serius...mmg best...dengan tiupan angin yang mendayu2....dengan bunyi ombak yg bergelora ..terasa tenang sangat.....masa dekat situ..pemikiran terus kosong ...rasa segala bebanan pergi dengan meriahnya...hanya ketenangan saja yg bermain dipikiran....sambil merenung reaksi manusia tak kira usia....anak2 kecil belari2....bermandi manda....para ibu bapa melayan kerenah anak2nya...para remaja bermadu asmara.....mcm2 la ade...tp..1 part yang paling best bile aku tengok seorang ibu bermanja2 dengan anaknya (baby lagi)..mase tu..hati ku rasa...bestnye kalo da ade family sendiri....dapt bermanje2 ngn anak sendiri...hehheh...mata aku asyik pandang diorg je.....tengok gelagat si ibu dan si anak...hehehehe......


lamunanku terhenti apabila my lovely friend nk berborak ngn aku... cakap pasal my lovely friend aku nih...die nie..bg aku seorg yg hebat.....orangnye.....lebih kurg ala2 romntic la,,,,hehehe.....best la kawan ngn die..kelakar pon ade jugak....suke bg aku gelak n tersenyum...hehe2...
to my lovely friend...thanks sudi temankan saya ...hehehehe...tanpa ada.....keseorangan lah saya.....^_^  <3

 beautiful life>>in memories..<3

Friday, February 25, 2011

maafkan saya ..please...plaase...please...

                                                                    please forgive me

malam nie tetiba rasa nak wat entry...rasa mcm dah wat salah dekat semua org...dah sakitkan hati org...dah terguriskan hati org...dah bg org marah....ye la...semua org ade wat salah kan.....termasuk la saya insan yg kerdil nie....to kawan2 or sape2 je la yg kenal saya....saya nak minta maaf bayak2 tau....saya nie insan biasa je...terlalu byak sangt kesilapan yg saya buat sama ade sedar ataupun tak...mohon kemaafan dari saya.....

I’ve let you go once,
But never shall that happen again.
The day I sat and cried and thought was click ‘ignore’
Put there for an easier ride

I need you and that is clear to see
I wasn’t meant to travel this life alone
For your company I’m grateful
I won’t let you down again
Never a day, will there be that you can’t come running
To me for I will be a pal by your side

I crave the forgiveness of you
For I love the warm embrace you give
For I am nobody without you
Don’t tell me this friendship is through.

Wednesday, February 23, 2011

selamat malam sayang...

hehhehe.....good night to.....sape2 je la yg baca......yg tido tu....tido elok2 ye......hehehehe....tetiba rasa nak wat entry sikit...coz da pening pala wat assgnmt nie.....to.......org2 yg tido tu.......tido la sampai lebam...coz sok kena bgun awal nak g keja....hehhe...kami2 yg student nie....terbeliak mata wat asgmnt......alahai......siap 1...lagi 10 menunggu...dah rabun makin bertambah2 rabun la...tp tu la..itu semua lumrah hidup as a student...sabar je la kan......k la....selamat malam yea...to....kawan2....to......org yg nak g keja sok.....n org2 yg baca my entry....hehhe...<3<3<3

Sunday, February 20, 2011

aku diuji

pedih...pedihnye hati...sebaknya hati....pilunya hati...ALLAH je yg tahu ape yg ade lam hati nie....ku tak mintak hatiku begini...aku tak minta perasaan ku begini....pedih sangat....rasa seperti di paku-paku...ya....mungkin itu balasan utk aku..atau aku sedang diuji ....sakitnya terasa perit....ku pon x ingin pikir hal2 begini...ku pon x minta untk kusutkan hati n pikiran nie...cukup la...kusut dengan assgmnt yg belambak,,,,luaran nampak tersenyum..dalam hati tersiksa...tersiksa sebb die....knp ku diseksa sebegini...ya allah..pedihnya....aku pon tak minta hatiku sebegini...tp...knp susah sangt aku nak lupa....org senang ckp...cari yg lain...tp...bukan senang...selagi ku ade dekat sini...selagi tu la hati tak tenteram...huh!!pedihnya hati....tp...mungkin aku diuji sekarang nie...mayb sebb Allah masih sayangkan aku...>>rasa lega sikit bila luahkan dekat blog...alhamdullillah...

kaulah sahabatku..kaulah siblingku..kaulah senyumanku


nie la muka2 my housemate @ dikenali as warga2 "yellow house"...
biela,nur,kak yana,izzah,zakiah.ziha,syarnieza,dalila,syasya(dlm pic)
yang tak de ecah je..coz die tak join time nie... nie la teman2 kesayanganku...susah senang bersama-sama...bergaduh bersama-sama...gelak ketawa bersama-sama...masak pon bersama-sama..makan bersama-sama..bak senang cite...semua la bersama-sama....
tanpa mereka sepi la hidupku....dengan gelak ketawa...enjoy together2....bergurau senda...bermasam muka...tp,,,itu semua lumrah hidup......masing2 saling memerlukan...tiada satu...tp....beramai-ramai....tiada istilah..."hidup aku..aku punya hal" itu bukan kitorg...kitorg saling sayang menyayangi diantara 1 sama lain...kalo ade yg salah...ditegur demi kebaikan...kadang-kadang if kita sayangkan someone kita tak akan biarkan org yang kita sayang terus wat salah..demi kebaikan perlu ade sifat saling tegur menegur...
demi allah...saya sangt bersyukur diketemukan rakan2@teman seperti mereka.....baik...saling sayang meyayangi dan macam2 lagi la.....tp...semua nie hanya sementara coz just  this year we together in one roof...pas nie...masing2 da pulang ke tempat masing2...ape2 pun all the memories always in my heart..>>>senyumanmu ....gelak ketawamu...masam mukamu....kecomelanmu...akan sentiasa ku ingat sampai bile2...^_^>>friends forever!!..alhamdullillah.....







Thursday, February 17, 2011

tetiba jatuh hati dengan article nie......Jodoh Urusan Allah



Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.
"Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya," kata seorang abang yang sangat saya hormati.
"Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?"
"Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya," jawabnya pendek.
"Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?" gurau saya.
"Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain..."
Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.
"Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi," jelasnya dengan tenang.
"Habis mengapa putus?"
"Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta."
Wah, ini kisah cinta yang  dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.
Isteri Amanah
"Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?" kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.
"Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta."
"Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?"
"Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa."
"Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?"
"Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya."
Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, "Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga."
Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.
"Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi..."
Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, "Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua."
Cantik Itu Relatif dan Subjektif
"Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er... er... kita masih manusia bukan?" saya menduga hatinya.
Dia ketawa tiba-tiba.
"Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya."
"Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?"
"Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?"
"Bukan yang cantik?" jolok saya lagi.
"Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya," balasnya dengan yakin.
"Maksud abang?"
Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.
"Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual."
Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, "Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami."
"Oh, betul juga tu!" kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, "Sedap di mata tetapi sakit di hati..."
Wasilah Memilih Jodoh
"Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?" ujar saya dengan soalan nakal.
"Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja."
"Maksudnya yang dulu lebih cantik?"
"Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?"
Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.
"Apa kaitannya dengan hati?" layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.
"Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!"
'Ah, tentu dia bahagia kini!' bisik hati saya sendiri.
"Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?"
"Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita."
Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik
"Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik."
"Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik."
"Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum."
Abang tersenyum lantas berkata, "Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?"
Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.
"Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!"
Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.
"Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?"
"Kerana mereka bukan orang baik," jawabnya pendek.
"Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?"
"Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w."
"Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?"
"Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?"
Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.
Jodoh Urusan Allah
"Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat."
"Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?" tanya saya inginkan penjelasan muktamad.
"Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan 'orang baik' lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!"
Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!
"Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah."
"Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?"
"Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi."
"Hikmah untuk kita?"
"Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya  pasangan kita bermasalah... bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah."
Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak "abang bayangan" saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?
Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: "Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!"

Tuesday, February 15, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL

 
اللهم صل على محمد وال محمد

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasool Allah
You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah
Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you

On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Thursday, February 10, 2011

berbuat baiklah dekat semua orang

tak rugi if berbuat baik....malah akan rugi if suka bermusuh-musuh...
our life are temperory..selagi kita boleh membahagiakan someone tu..just teruskan...tak kira la sama ada family,friends,lecturer or someone special..sentiasalah berbuat baik..if ada sedikit salah faham or pergaduhan just forgive dan do not  terus menerus bermasam muka...ya...mmg susah untuk memaafkan someone tambah2 lagi org tu betul2 wat kita panas hati..sakit hati and macm2 lagi...but if we think what the purpose we at this world...we can feel something and akan memaafkan someone tu...so just assume this situasi hanyalah ujian for us..kepada kawan-kawan yg read my blog(walaupun tak ramai..heehhe)..i nak >peaceee no warr!!^_^

cumil.....^_^

nah!!bunga nie...saya bagi khas untuk awak....(untuk sape ye)...ade la...mane buleh bgtau...hehhe.....cakap pasai bunga....herm...penah sekali aku dpt sebatang  bunga ros hidup color meroon masa birthday aku...hehehe...first time dpt bunga tu....tp..sayangnye bunga hidup nie..dpt tahan kejap je...pas 2..die layu la....kan bgus kalo bunga tu tak layu....leh gak jaga n belai2...hehehe....tp...hampas bunga tu..masih kusimpan..walaupun hanya secebis...(saja je..tuk jadikan as kenangan dan tanda menghargai sesuatu benda yg kita dapat)....harap2 lepas nie...dapat la lagi bunga hidup....hehehe.....tapi  x tau la sape pulak yg akan bagi....hehehhe....kalo ade rezeki ade la...kalo tak de pon x pe..hehehehe...^_^..^_^>>>>smile!!!!....

Tuesday, February 8, 2011

pening-pening lalat...

 alahai  banyaknye keja nak kena buat...kusut kepala nie..ngn assignmt lagi....fyp lagi.....tensionya......
terlalu banyak sangt keje...sampai da x tahu nak wat yang mana satu.....hermm...pasal fyp nie pun lagi 1 kes...Ya Allah...kau buka kan lah minda ku..berikanlah aku idea2 yg bernas,,,kepadaMu saja ku memohon....

be4 mid sem nie da nak kena anta propasal fyp...alahai....lagi berape minggu je...dengan assingmnt pon x siap lagi.....nie pon sebb stress sangt that y ade masa lagi nak update blog....hehehe.....

herm...pas mid sem kena presentation about fyp lak..alahai...nervesnye.....rasa takot ngn seram lak...nak present about our project nie... risau sangt pasal our project nie...takot di reject...but we hope our project accept la...heheh..if accept nak kena implement pulak..alahai...seramnye...mampukan diriku untuk presentkan my idea dekat people who have high experience...huhu..sound like seram je...harap2 semuanya akan settle ngn baik la....^_^




Monday, February 7, 2011

                                                              True friends-Hanna montanna

We sign our cards and letters BFF
You've got a million ways to make me laugh
You're lookin' out for me, you've got my back
So good to have you around

You know the secrets I could never tell
And when I'm quiet you break through my shell
Don't feel the need to do a rebel yell
'Cause you keep my feet on the ground

You're a true friend
You're here till the end
You pull me aside when something ain't right
Talk with me now and into the night
'Til it's alright again
You're a true friend

You don't get angry when I change the plans
Somehow you're never out of second chances
Won't say "I told you" when I'm wrong again
I'm so lucky that I've found

A true friend
You're here till the end
[ From: http://www.elyrics.net/read/h/hannah-montana-lyrics/true-friend-lyrics.html]
You pull me aside when something ain't right
Talk with me now and into the night
'Til it's alright again

True friends will go to the ends of the earth
Till they find the things you need
Friends hang on through the ups and the downs
Cause they've got someone to believe in

A true friend
You're here till the end
You pull me aside when something ain't right
Talk with me now and into the night
No need to pretend
You're a true friend

You're a true friend
You're here till the end
You pull me aside when something ain't right
Talk with me now and into the night
'Til it's alright again
You're a true friend

You're a true friend
You're a true friend

without friends, we are alone and lonely, appreciate each moment the memories.I love my friends...^_^

Wednesday, January 26, 2011

KenAngan di brogA hill

                                                             puncak broga hill

pukul 4.30 pagi kitorg gerak dari pandan jaya ke semenyih..kitorg pegi 3 buah keta..nak dekat kol 6 la kitorg sampai sana..then kitorg solat subuh dulu kat masjid berjemaah..pas subuh 2 baru kitorg start mendaki..mmg best la...nie la salah satu activiti yg paling aku suke...memang dah lama aku mengidam nak mendaki...alhamdullillah la...akhirnya tercapai jugak...kitorg g 12 org..tp yg berjaya sampai ke puncak hanya 5 org je..hik3..termasuk aku..(bangga sekejap..hik3)


       
             nie pemandangan time kiotrg kat puncak


sejuk giler kat atas 2...dengan anginnye...dengan permandangan yg cantik ..rasa tenang je...kira x rugi la..aku naik ke puncak..at least terasa ketenangan tu...rasa cam x nak turun pon ade...hik3...tp..serius..mmg penat...rasa cm kaki nak tercabut pon ade...tp..berkat semangat dan kesabaran..ku sampai juga akhirnya...hik3...




                      muke2 yg berjaya...^_^


haaa..nie la sahabat2ku yg berjaya sampai ke puncak...mmg happy lah...muka masing2 cm da penat je....tp puas hati...rasa cm nak melompat2 je...hik3...bukan senang ooo....hati mau kental...kaki mau bertahan...hik3....semangat mau kuat ...herm..ape lagi ek nak tulis..x de ape da kot..kalo senang g la try mendaki..comfirm bestt..hik3...>>in memories..^_^

Tuesday, January 25, 2011

saya sayang kamu...

     entah la....x pernah ku rasa begini...adakah itu dinamakan cinta...atau pun hanyalah satu perasaan...entah lah...nape hatiku terlalu rindu ....teringt kenangan dulu...kenangn yg bg ku cukup indah....sekrg nie...aku hnya mampu bersabar dengan perasaan..kdg2 aku rasa semua nie hanya lah 1 mimpi...x pernah aku rasa perkara nie betul2 terjadi...tapi...aku x leh menolak takdir....aku kena terima yg aku ngn si die dah pergi jauh.......
   aku tau perkara yg aku inginkan mungkin x akan jadi...itu hanyalah mimpi....even aku tunggu...belum tentu dapat bersatu kembali....tp....kenpa hati aku still kuat ngn die....still miss ...still pandang2...walaupon lam hati nie...Allah je yg tahu...bertapa mengisnye hati aku....luaran myb aku nampak kuat...dalaman menanggung segala keperitan......
    entah bila hati aku akan open kembali....tp..aku yakin..if ade jodoh...segala2nya x mustahil akan terjadi......aku hanya berdoa agar segala2nya akan berakhir dengan senyuman.......

Sunday, January 16, 2011

disebalik tiket

herm..yesterday,focus utama mau teman member g beli tiket...aleh2...terubah pikiran g nengok cinema pulak...hik3..from pandan jaya ke Kl sentral...then g nengok cinema  kat KLCC..perghhh..ramai giler org...bermacm2 ragam manusia yg ade...berbeza sangt dekat my village..yg tenang n aman...kitorg g watching khurafat...mmg best la cite 2...but sayangnye...kenapa la aku nie penakut sangat...member2 aku rilek je nengok...rasa cm rugi pon ade aku byar Rm13 hinggt...padahal cite 2 best..congraz to syamsul yusuf haslam......korg kalo x negok sangt rugi...coz ia mencabar ketakutan anda.....huhu..nyesal tol aku jadi seorg yg penakut..tp nak wat mcm mane...aku rasa time 2. mcm nak kuar je dari cinema 2....huhuu.....pas 2 bis nak nengok cinema tu..ingt dapat la bergambar dekat taman klcc 2...tp hujan pulak....sedihh tol....redha je lah ..hik3..jam da kol 9...masing2 da lebih giler...rasa cm kaki nak tercabut..tp lam hati still lagi nak g jalan2..malas nak balik awal....dah lama rasanya x kuar mcm nie...so.kitorg pon dengan bangga nya g SOGO....wahhhh..nasib kami begitu baik...!!SOGO ade wat hari member's card..huhu..bayak giler sale!!rambang giler mata aku...kalo la..aku nie banyak money...huhuu...mmg sakan la aku borong......huhu..dalam keadaan yg haus ditambah dengan lenguh berjalan...sanggup lagi aku  belek2 baju...huhu (lam hati mmg geram giler..sakit mata aku)huhuu....hampir kol 11 kitorg melawat SOGO tu...elok la...SOGO pon tutup kol 11..hik2...bukan nak cakap ape la...walaupun penat....hati aku rasa best sangat hang out dengan kawan2...sangat2 enjoy...!!cuma aku x puas hati masa tengok khurafat la.....sebb cite tu yg tengok aku..bukan aku tengok cite 2...huhu...giler seram.....nasib la aku ade bawa sehelai" tisu "yg datangnye dari KFC..hik3....tisu itu lah penyelamatku...hik3...i luve u tisu!!^_^

Friday, January 14, 2011

bo-ring

hari2ku yang sangat boring..ikut hati..nak je aku g shopping(dlm mimpi jew la..moneynye x de) nk pegi jungle treking...mendaki gunung...bercamping...tp..ape boleh buat kawan2 x de ma...herm..kejap lagi my housemate ajak hang out g watching cinema....nak x nak...aku layan je la....coz bosan gile gaban punyaa...dok umah pon asyik temenung je pikir my future..so the better bek aku hang out je...leh gak aku cuci mate..tengok2 couple yg hangat bercinta dekat tengah2 banda nie(lam hati mendidih gile..huhu)..mau ke x...im single..no partner...no men..huhu....sabor aje lah...nyehhhh!..(lam hati x sabor2 dah)hik3....ape la aku nie.....hik3...^_^