Dalam perjuangan hidup,manusia terbahagi kepada tiga golongan:
1.Golongan yang dapat ditewaskan oleh hawa nafsu mereka.Mereka terus-menerus menjadi hamba dunia,dan terus ditipu hidup-hidup.Bisikan syaitan di sebelah terus didengari,tetapi tawanya yang berdekah-dekah tidak pernah disedari.Inilah golongan yang Allah sebutkan di dalam Al-Quran:
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya []dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?[Al-Jaatsiyah 23]2.Golongan yang kedua ialah golongan yang berjihad melawan hawa nafsunya.Kadangkala mereka menang dan kadangkala mereka kalah.Apabila mereka melakukan kesalahan,mereka bertaubat,menyesal dan memohon ampun kepada Allah.
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri , mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.[Ali Imraan 135]3.Golongan ketiga merupakan golongan maksum,iaitu para Rasul dan nabi.
Perkara ini juga terkandung dalam jawapan terhadap soalan yang dilemparkan Nabi Yahya kepada syaitan:
"Ceritakanlah kepadaku mengenai tabiat-tabiat anak-anak Adam di sisi kamu."soal nabi Yahya.
"Segolongan mereka adalah golongan seperti kamu,mereka itu maksu,kami tidak mampu sedikitpun menggoda mereka dan golongan yang kedua adalah golongan yang seperti bola di tangan anak-anak kamu.Hawa nafsu golongan ini telah membantu kami mempengaruhi mereka dan golongan yang ketiga pula adalah golongan yang amat sukar bagi kami,kami menemui salah seorang dari mereka sehinggalah kami berjaya mencapai apa yang kami kehendaki,tetapi kemudian beliau segera beristighfar,dengan istighfar itu telah merosakkan apa yang kami dapati daripadanya,kami tidak akan pernah berputus asa dan kami tidak akan mendapat kehendak kami daripadanya.
0 comments:
Post a Comment