BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

mari mendengar

Sunday, March 27, 2011

Aku yakin aturanNya

Assalamualaikum kawan-kawan .Rasanya dah lama saya x wat entry sebb busy sangt dengn FYP (final year project).

Baru-baru nie saya ade luahkan isi hati  dekat my friends.kisahnya seperti biasa berkenaan "feeling".
dari luahan tu mmg saya kena kaw2 punya..diorg semangat "tocher".Saya terima dengn senyuman walaupun sebenarnya saya x leh terima sangt pandangn tu.tp  just anggap diorg x paham ape yg saya rasa.

Ramai org suh saya "find another one".yeah....begitu senang kan perkataan tu.sangat senang,bercakap mmg senang tp kalo hati x lalu nak wat mcm mane.

Skrg nie saya pegang 1 je. Berserah segala2 dengan ketentuaNya..Saya yakin Allah dah aturkan segala2Nya.wat ape  nak pening2 mencari..suatu hari nanti pasti ade someone yg akan mencari sebahagian tulang rusuknya untuk menjadi satu...paham kan apekah maksudnye?

Biarlah penantian itu satu penyeksaan .mungkin dengn penyeksaan itu akan membawa satu kebahagiaan..insyaallah...kita merancang,allah yang tentukan..kalo bercouple 7 tahun pon.kalo die bukan jodoh kita x de makne jugak kan.

Apa yang penting, baik kita muhasabah diri dulu.yg mana perangai x berape elok.kita elok kan.yang mana suka baran,belajar la menjadi penyabar.yang mana suka control, belajar la control bertempat,yang mana suka pentingkan diri ..belajar lah menjadi seorang yang bertimbang rasa ..dan paling penting yang mana x cukup 5 waktu, cubalah cukupkan..sebb itukan wajib.Haaa...bila dah complete baru lah boleh mencari pasangan  dan insyaallah diberkati...kan3??..betul tak ape yg saya cakap...kalo salah sila la betulkan...^_^

Ha..ni lagi satu saya nak share..kalo hati tengah runsing...hati sedih..hati sebak...selalulah zikir  LA ILA HAILALLAH dalam hati ..sebut setiap saat..x kisah la kalo time tu kita tengh baca buku ke..tengah masak ke..tengh tengok tv ke..tengh update blog ke..saya pon tengh cuba nie..insyaallah akan cuba tuk istiqamah..
^_^








.

Monday, March 21, 2011

Ada 3 golongan manusia ..kita yg mane??renung2kan.....

Dalam perjuangan hidup,manusia terbahagi kepada tiga golongan:

1.Golongan yang dapat ditewaskan oleh hawa nafsu mereka.Mereka terus-menerus menjadi hamba dunia,dan terus ditipu hidup-hidup.Bisikan syaitan di sebelah terus didengari,tetapi tawanya yang berdekah-dekah tidak pernah disedari.Inilah golongan yang Allah sebutkan di dalam Al-Quran:

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya []dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?[Al-Jaatsiyah 23]
2.Golongan yang kedua ialah golongan yang berjihad melawan hawa nafsunya.Kadangkala mereka menang dan kadangkala mereka kalah.Apabila mereka melakukan kesalahan,mereka bertaubat,menyesal dan memohon ampun kepada Allah.
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri , mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.[Ali Imraan 135]
3.Golongan ketiga merupakan golongan maksum,iaitu para Rasul dan nabi.

Perkara ini juga terkandung dalam jawapan terhadap soalan yang dilemparkan Nabi Yahya kepada syaitan:
"Ceritakanlah kepadaku mengenai tabiat-tabiat anak-anak Adam di sisi kamu."soal nabi Yahya.
"Segolongan mereka adalah golongan seperti kamu,mereka itu maksu,kami tidak mampu sedikitpun menggoda mereka dan golongan yang kedua adalah golongan yang seperti bola di tangan anak-anak kamu.Hawa nafsu golongan ini telah membantu kami mempengaruhi mereka dan golongan yang ketiga pula adalah golongan yang amat sukar bagi kami,kami menemui salah seorang dari mereka sehinggalah kami berjaya mencapai apa yang kami kehendaki,tetapi kemudian beliau segera beristighfar,dengan istighfar itu telah merosakkan apa yang kami dapati daripadanya,kami tidak akan pernah berputus asa dan kami tidak akan mendapat kehendak kami daripadanya.

Thursday, March 17, 2011

Hati itu adalah aku

 hati itu adalah aku
coretan ini bukan aku yg createkan.tp ape yg tertulis didalamnya sama dengan ape yg aku rasa.segala yang aku higlightkan tu adalah apa yang hati aku mahu katakan.cuma aku x pandai tuk ungkapkan.kalo boleh aku nak die tahu.itu adalah aku.ape yg hati aku rasa dan seikhlas mana aku dgn die.Tp aku redha if mmg x de jalan lain.semuanya dah tertulis dalam lembaran takdir.


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda. 

~~thanks to those yg coretkan~~

~~Luahan hati~~

Hari nie tetiba aku rasa nak tulis entry sikit.Time nie aku tengh pulun wat proposal fyp.Esok da nak kena submit dekat supervisor,ade lagi sikit yang x siap so malam nie berjaga lagi la aku.

Tp tengh aku buat kerja ,aku terpikir sesuatu.Aku teringt sahabat aku yg dulunya aku mmg rapat dengan die.rasa x best pulak bila kitorg da seperate.da x rapat mcm dulu. rasa sunyi n da x de tempat tuk mengadu.Lepas nie kalo aku balik penang .aku da x de teman lagi tuk g jalan2..g jogging and mane2 je la.pas nie aku ngn adik aku je la nak kemana pun.sedihnya....bila aku teringt balik dari perkenalan kitorg sampai la the end of story,rasa sedih sangat.perkenalan yg mula dari happy2 terus diam.

aku da fobia dengan "perpisahan". aku rela hilang nyawa dari hilang family,sahabat,someone special and sape2 je yg aku rapat.Terasa hati sedih sangat n x sanggup nak alami lagi "perpisahan".
bagi aku hidup nie sementara je.setiap nafas perlu kita hargai.selagi kita boleh bahagiakan seseorang  selagi itu kita akan lakukan yang terbaik.nanti bila seseorang da x da.at least kita boleh tersenyum walaupun dalam keadaan sedih.

k la ..sampai kat sini je kot.Nak sambung wat kerja pulak.Ape yg aku harap,aku x sabar nak tunggu detik bahagia yg aku cari sepanjang aku hidup nie .harap2 tertunai..amin....

~~to my lovely friend > saya nye entry ade improvement tak?~~


Monday, March 14, 2011

Cinta Sejati



Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.



                                                                        ~~sekian~~

Sunday, March 13, 2011

- -Kenanganku Bersamamu- -

        Bertarikh 05/03/2011,kali pertama aku  pergi melawat PERNIM di Cheras.Hati aku begitu tersentuh melihat adik-adik kecil dekat situ.Kami ditugaskan untuk membuat aktiviti dekat situ bersama adik-adik disana.
pic nie time diorg tengh semangt bersenam..^_^
Aku sangat kagum dengan ketabahan mama iaitu seorang wanita yg menubuhkan PERNIM tu,sanggup bersusah payah menjaga anak2 yg bukan darah dagingnya,memberi kasih sayang seckupnya dan mengajar erti berdikari .Bagi aku x ramai org sanggup wat amal mcm tu,mmg hebat la mama nie.

Masa dekat sana, aku melayan kerenah adik-adik yang comel,lantang berpetah dan saling tolong menolong diantara 1 masa lain.walaupon mereka bukan the real siblings,tp ukhuwah yg diorg tunjukkan betul2 wat aku terharu.

Dekat sana aku tertarik dengan seorang adik nie,nama die fais dan diberi gelaran conan,berumur 11 tahun dan bg aku die nie seorang yg baik  walaupon orangnye jenis slumber dan mcm blur2 gitu,tp muka die manis hehe.Bila aku tengok die,aku teringat adik laki aku dekat kampung,rindu pulak rasanya.hehe..
 nie ic adik fais yg aku ceritakan tu....:)


Bawah nie pic masa tegh melayan diorg.Comel-comel belaka adik2nya.Nie je kot entry yg aku dapt tulis tok malam nie.Enrty nie da lama aku tulis cuma belom post sebb hari nie baru leh dapt picnya.hope korg enjoy la membacanya.Sekali sekala kita perlu memahami hati adik2 nie,mungkin diorg memerlukan kasih sayang daripada kita.Nilai sebuah kasih sayang sangt berharga.^_^




~~~SEKIAN~~~

Saturday, March 5, 2011

sungguh indah ciptaanNya

keindahan RnR Bagan Ajam

 
suasana time malam

 pemandangan yg memukau
indahnya ciptaanNYA...

setiap kali kalo balik cuti dekat penang..mesti aku akan pegi mencari ketenangan dekat kawasan pantai  RnR bagan ajam...serius...mmg best...dengan tiupan angin yang mendayu2....dengan bunyi ombak yg bergelora ..terasa tenang sangat.....masa dekat situ..pemikiran terus kosong ...rasa segala bebanan pergi dengan meriahnya...hanya ketenangan saja yg bermain dipikiran....sambil merenung reaksi manusia tak kira usia....anak2 kecil belari2....bermandi manda....para ibu bapa melayan kerenah anak2nya...para remaja bermadu asmara.....mcm2 la ade...tp..1 part yang paling best bile aku tengok seorang ibu bermanja2 dengan anaknya (baby lagi)..mase tu..hati ku rasa...bestnye kalo da ade family sendiri....dapt bermanje2 ngn anak sendiri...hehheh...mata aku asyik pandang diorg je.....tengok gelagat si ibu dan si anak...hehehehe......


lamunanku terhenti apabila my lovely friend nk berborak ngn aku... cakap pasal my lovely friend aku nih...die nie..bg aku seorg yg hebat.....orangnye.....lebih kurg ala2 romntic la,,,,hehehe.....best la kawan ngn die..kelakar pon ade jugak....suke bg aku gelak n tersenyum...hehe2...
to my lovely friend...thanks sudi temankan saya ...hehehehe...tanpa ada.....keseorangan lah saya.....^_^  <3

 beautiful life>>in memories..<3